< Kesedaran Penipuan

Pusat sumber penipuan

Jadilah orang yang pintar akal, terdidik dan hentikan penipuan

Sentiasa termaklum dan kekal dilindungi. Semakin banyak maklumat yang ada pada anda, semakin pandai anda melindungi diri daripada penjenayah. Laporkan penipuan, kekal maklum mengenai komplot terkini dan ketahui cara mengesan kaki tipu dengan sumber tambahan ini.

Jenis penipuan
Ketahui lebih lanjut tentang muslihat yang digunakan oleh si penipu untuk mengumpan mangsa.

Laporkan penipuan
Melaporkan penipuan boleh membawa kepada lebih kesedaran dan pendidikan yang lebih baik.

Sentiasa Mengambil Tahu

Western Union membantu melindungi pengguna daripada menjadi mangsa komplot pindahan wang melalui pendidikan dan kesedaran.

Ikuti makluman dan kemas kini kami

Lindungi diri anda daripada penipuan

Gunakan Western Union untuk menghantar wang kepada rakan dan keluarga sahaja. Jangan hantar wang kepada orang yang tidak pernah anda temui.

Pengkomplot kadangkala meminta orang menghantar wang kepada mereka. Jangan pindahkan wang kepada sesiapa sahaja yang meminta anda menghantar wang:

  • Untuk kecemasan yang belum anda sahkan.
  • Untuk pembelian dalam talian.
  • Untuk perlindungan antivirus.
  • Untuk deposit atau bayaran sewa.
  • Untuk menuntut hadiah loteri atau cabutan bertuah.
  • Untuk membayar cukai.
  • Untuk derma kepada pertubuhan amal.
  • Untuk tugasan membeli-belah misteri.
  • Untuk peluang pekerjaan.
  • Untuk bayaran kad kredit atau hutang.
  • Untuk menyelesaikan masalah imigresen.
  • Untuk membuat pembayaran bagi panggilan telepemasaran.

Jika anda memindahkan wang, penerima akan mendapat wang tersebut dengan pantas. Selepas pindahan dibuat, Western Union mungkin tidak dapat memberikan bayaran balik, walaupun anda telah ditipu, melainkan dalam keadaan tertentu.

Jika anda merasakan anda mangsa penipuan, hubungi Talian Utama Penipuan Western Union di 1800 816332.

Brosur kesedaran penipuan

Be_sure_everything_is_as_it_seems_2018

Brosur Kesedaran Penipuan

Muat turun:
PDF Bahasa Inggeris PDF Malaysia

snowbird

Brosur Kesedaran Penipuan Warga Emas

Muat turun:
PDF Bahasa Inggeris

Interdiction_Card_image_en

Kad larangan

Muat turun:
PDF Bahasa Inggeris