< Kesedaran Penipuan

Jenis penipuan

Walaupun Internet telah menghubungkan kita dengan lebih banyak maklumat, era digital hari ini telah memudahkan pengkomplot melakukan aktiviti penipuan mereka. Daripada siaran media sosial palsu hingga pemancingan data kata laluan untuk akaun kewangan, pengkomplot telah menemui pelbagai cara untuk mendapatkan wang orang lain.

Mereka menggunakan apa-apa jua cara untuk menghubungi mangsa—telefon, pos, e-mel dan Internet.

Mereka mendapatkan kepercayaan anda dan apabila anda terperangkap, mereka meminta wang anda; kemudian mereka mengambilnya dan melarikan diri.

Senario yang mereka gunakan untuk mengumpan anda sentiasa berubah. Akan tetapi anda boleh melindungi diri anda, rakan-rakan dan keluarga anda dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang jenis penipuan yang paling lazim.

Sentiasa Mengambil Tahu

Western Union membantu melindungi pengguna daripada menjadi mangsa komplot pindahan wang melalui pendidikan dan kesedaran.

Ikuti makluman dan kemas kini kami

Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran

Mangsa diminta membayar yuran pendahuluan untuk perkhidmatan kewangan yang tidak pernah diberikan. Mangsa sering menghantar urus niaga berturut-turut untuk pembayaran pelbagai yuran pendahuluan. Kaedah biasa termasuk: kad kredit, geran, pinjaman, warisan atau pelaburan.

Dikaitkan dengan:
Komplot cukai, Telepemasaran, Penipuan imigresen, Komplot amal, Komplot Rangkaian Sosial, Komplot Cek Palsu, Komplot Datuk Nenek

Artikel:
4 cara melindungi diri anda daripada komplot yuran pendahuluan dan prabayaran, Kenali Komplot Pelajar

image-no-BG-left-300x243-1

Komplot Antivirus

Mangsa dihubungi oleh seseorang yang mendakwa mereka daripada syarikat komputer atau perisian yang terkenal dan virus telah dikesan pada komputer mangsa. Mangsa dimaklumi bahawa virus boleh dialih keluar dan komputer dilindungi dengan sedikit yuran. Bayaran boleh dibuat sama ada melalui kad kredit atau pindahan wang. Sebenarnya, tidak ada virus pada komputer dan mangsa hanya kehilangan wang yang mereka kirimkan untuk perlindungan itu.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Pencurian Identiti, Pemancingan Data

Artikel:
5 Cara melindungi diri anda daripada komplot teknologi

Fraud-Icon-01

Komplot amal

Mangsa sering dihubungi melalui e-mel, mel atau telefon oleh seseorang yang meminta sumbangan untuk dihantar melalui pindahan wang kepada seseorang untuk membantu mangsa peristiwa semasa baru-baru ini, seperti bencana atau kecemasan (seperti banjir, siklon atau gempa bumi). Organisasi amal yang sah tidak sekali-kali akan meminta sumbangan dihantar kepada individu melalui perkhidmatan pindahan wang.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Pemancingan Data, SMS/Pancingan SMS

Artikel:
Western Union dan Better Business Bureau Memberikan Amaran tentang Komplot Amal Semasa Musim Orang Menyumbang, 6 petua untuk mengelakkan komplot amal

Charity

Komplot Kecemasan

Mangsa mempercayai bahawa mereka menghantar dana untuk membantu rakan atau orang tersayang yang terdesak. Mangsa menghantar wang dengan segera kerana kebimbangan semula jadi mangsa terhadap orang tersayang dieksploitasi.

Dikaitkan dengan:
Komplot Datuk Nenek, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran

Artikel:
Western Union dan Better Business Bureau Bekerjasama untuk Melindungi Pengguna daripada Komplot Kecemasan

EmergencyBernie

Komplot Pekerjaan

Mangsa memberikan respons kepada siaran pekerjaan dan diambil bekerja untuk kerja rekaan dan telah dihantar cek palsu untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja. Jumlah cek melebihi perbelanjaan mangsa dan mangsa menghantar baki dana menggunakan pindahan wang. Rupanya cek itu cek lambung dan mangsa bertanggungjawab atas keseluruhan jumlahnya.

Dikaitkan dengan:
Komplot Beli-belah Misteri, Komplot Cek Palsu

Artikel:
3 komplot pekerjaan dan petua untuk membantu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa

Employment

Pemerasan

Ancaman terhadap nyawa, penangkapan atau tuntutan lain oleh pengkomplot untuk mendapatkan wang, harta atau perkhidmatan secara haram daripada mangsa melalui paksaan kononnya mereka berhutang dan memberikan ancaman jika mangsa tidak bekerjasama.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot hubungan, Penipuan imigresen, Komplot cukai, Komplot Kecemasan, Komplot Antivirus, Pemancingan Data

Fraud-Icon-04

Komplot Cek Palsu

Mangsa sering dihantar cek sebagai sebahagian daripada komplot dan diberitahu untuk mendepositkan cek dan menggunakan dana tersebut untuk perbelanjaan pekerjaan, pembelian di Internet, beli-belah misteri dll. Cek itu adalah palsu (tiruan) dan mangsa akhirnya bertanggungjawab terhadap apa-apa dana yang digunakan daripada cek itu. Jangan lupa, dana daripada cek yang didepositkan ke dalam akaun tidak sepatutnya digunakan sehingga cek secara rasmi dijelaskan dan proses ini mungkin mengambil masa berminggu-minggu.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot Beli-belah Misteri, Komplot Pekerjaan, Komplot bayaran berlebihan, Komplot Pembelian Melalui Internet, Komplot Loteri / Hadiah, Komplot Harta Tanah Sewaan

Artikel:
Cara mengelakkan komplot cek palsu

Fraud-Icon-02

Komplot Datuk Nenek

Komplot ini merupakan kepelbagaian Komplot kecemasan.

Mangsa dihubungi oleh individu yang berpura-pura sebagai cucu yang berada dalam kecemasan atau pihak berkuasa seperti pakar perubatan, pegawai penguatkuasaan undang-undang atau peguam.

Penipu menerangkan situasi cemas atau kecemasan (jaminan polis, perbelanjaan perubatan, dana perjalanan kecemasan) yang melibatkan cucu yang memerlukan pindahan wang dihantar dengan segera.
Kecemasan tidak pernah berlaku dan mangsa yang menghantar wang untuk membantu cucu mereka telah kehilangan wang mereka.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot Kecemasan

Artikel:
6 petua dan wawasan untuk mengelakkan komplot datuk nenek

image-no-BG-left-3

Pencurian Identiti

Pencuri identiti menggunakan maklumat peribadi (cth., nombor Keselamatan Sosial, maklumat akaun bank dan nombor kad kredit) untuk menyamar sebagai individu lain. Ini mungkin termasuk pembukaan akaun kredit, mengosongkan akaun sedia ada, memfailkan penyata cukai atau mendapatkan perlindungan perubatan.

Dikaitkan dengan:
Komplot Pembelian Melalui Internet, Pemancingan Data, SMS/Pancingan SMS, Komplot Rangkaian Sosial, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Penipuan imigresen, Komplot cukai, Komplot Pekerjaan, Komplot Antivirus, Komplot hubungan

Fraud-Icon-05

Penipuan imigresen

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa sebagai pegawai imigresen dengan menyatakan bahawa terdapat masalah pada rekod imigresen mangsa. Maklumat peribadi dan butiran sensitif yang berkaitan dengan status imigresen mangsa mungkin diberikan untuk membuatkan cerita itu kelihatan lebih sah. Bayaran segera diminta untuk membetulkan sebarang isu pada rekod mangsa dan ancaman pengusiran atau hukuman penjara dibuat jika pembayaran tidak dibuat serta-merta melalui pindahan wang.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot bayaran berlebihan, Komplot Kecemasan

Artikel:
6 petua untuk melindungi diri anda daripada komplot imigresen

Immigration

Komplot Pembelian Melalui Internet

Mangsa boleh menjadi pembeli atau penjual item (cth. haiwan peliharaan, kereta) atau perkhidmatan yang diiklankan dalam talian melalui Craiglist, eBay, Alibaba, Gumtree, carsales.com, dsb. Pengkomplot berpura-pura menjadi penjual dalam talian yang sah, sama ada dengan laman web palsu atau iklan palsu pada laman asli yang mengiklankan item pada harga yang rendah. Mereka meminta anda membuat pembayaran menggunakan kiriman wang, kad wang yang dipramuat atau pindahan wang. Selepas wang dihantar, mangsa langsung tidak akan menerima barang niaga atau perkhidmatan. Pengkomplot juga berpura-pura menjadi pembeli yang sah dengan menghantar lebih daripada harga jualan dan meminta penjual menghantar baki kepada mereka melalui pindahan wang.

Dikaitkan dengan:
Komplot bayaran berlebihan, Komplot Harta Tanah Sewaan, Komplot Cek Palsu

Artikel:
Amaran penipuan: Komplot pembelian anak anjing melalui Internet meningkat, Petua untuk melindungi diri anda daripada komplot beli-belah dalam talian semasa musim cuti ini, Lindungi diri anda daripada komplot pengguna COVID-19

image-no-BG-left-7

Komplot Loteri / Hadiah

Mangsa dimaklumkan bahawa mereka telah memenangi loteri, hadiah atau cabutan bertuah dan wang perlu dihantar untuk menampung cukai atau yuran atas kemenangan tersebut. Mangsa mungkin menerima cek untuk sebahagian daripada kemenangan dan sebaik sahaja cek didepositkan dan wang dihantar, diketahui bahawa itu cek lambung.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot Cek Palsu

Artikel:
7 petua untuk mengelakkan komplot loteri , Elakkan daripada menjadi mangsa komplot cabutan bertuah

Lottery

Komplot Jual Segera

Media sosial digunakan untuk mengumpan mangsa baharu dalam komplot cepat kaya yang telah lama berlaku apabila pengguna mengiklankan cara membuat $100 menjadi $1,000 dengan “menjual segera”. Mereka mencadangkan bahawa pelabur boleh memanfaatkan keanehan dalam sistem kewangan untuk memanfaatkan wang tunai tambahan dan mengubah beberapa ratus dolar menjadi ribuan dolar. Sebaik sahaja kaki tipu menerima wang tunai itu, mereka biasanya akan menyekat mangsa daripada menghubungi mereka melalui media sosial atau nombor telefon.

Dikaitkan dengan:
Komplot Rangkaian Sosial, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran

Artikel:
Jual Balik atau Rugi? Cara Mengelakkan Daripada Menjadi Mangsa Komplot Dalam Talian

MoneyFlip

Tentera

Ahli perkhidmatan tentera merupakan sasaran yang menarik bagi pengkomplot atas beberapa sebab. Mereka menyalahgunakan kekaguman yang meluas terhadap tentera dan menyamar sebagai tentera untuk memperdaya mangsa agar menghantar wang kepada mereka.

Dikaitkan dengan:
Komplot hubungan, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot Kecemasan, Komplot amal, Komplot Pekerjaan

Artikel:
Petua terkini tentang komplot: Penyangak menyamar sebagai anggota tentera, Penipu Menyamar sebagai Anggota Tentera Dalam Talian

Military

Komplot Beli-belah Misteri

Penipu menghubungi mangsa melalui laman web pekerjaan atau mangsa memberikan respons terhadap iklan tentang peluang pekerjaan untuk menilai perkhidmatan pindahan wang. Penipu biasanya menghantar cek kepada mangsa dan meminta mangsa membuat pindahan wang dengan menyimpan sebahagian cek untuk gaji mereka. Mangsa menghantar wang, penipu mengambilnya dan apabila diketahui bahawa itu cek lambung, mangsa akan dibiarkan bertanggungjawab terhadap keseluruhan jumlah cek.

Dikaitkan dengan:
Komplot Cek Palsu, Komplot Pekerjaan, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran

Artikel:
Mengapakah tawaran menjadi pembeli misteri memerlukan banyak penelitian

MysteryShop

Komplot bayaran berlebihan

Si penipu menghantar cek yang kelihatan sah kepada mangsa sebagai bayaran untuk perkhidmatan atau produk. Biasanya, jumlah cek melebihi jumlah yang dijangkakan oleh mangsa dan si penipu memberitahu mangsa untuk memulangkan baki menggunakan pindahan wang. Apabila cek ditolak, mangsa akan dipertanggungjawab untuk membayar jumlah penuh.

Dikaitkan dengan:
Komplot Pembelian Melalui Internet, Komplot Cek Palsu, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran

Artikel:
Jaga diri anda: Komplot pembayaran yang biasa berlaku dalam pembelian & penjualan dalam talian

Overpayment

Pemancingan Data

Komunikasi oleh seseorang yang menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai, seperti bank atau syarikat gadai janji, dengan bertujuan untuk mengelirukan mangsa agar memberikan maklumat peribadi atau kata laluan kepada mereka. Pancingan ialah percubaan penipuan, biasanya dibuat melalui e-mel (walaupun boleh juga dibuat melalui telefon atau teks), untuk mencuri maklumat peribadi anda atau merambat kod atau perisian berniat jahat pada komputer anda.

Dikaitkan dengan:
Komplot hubungan, Pemerasan, Komplot Kecemasan, Komplot Rangkaian Sosial, SMS/Pancingan SMS

Artikel:
Kenali tanda amaran komplot pemancingan data

Phishing

Komplot hubungan

Mangsa diperdaya untuk mempercayai bahawa dia mempunyai hubungan peribadi dengan seseorang yang kerap ditemuinya dalam talian melalui media sosial iaitu dalam forum dalam talian atau laman web janji temu. Mangsa biasanya mengikut emosi dan biasanya merujuk kepada penerima sebagai tunangnya.

Dikaitkan dengan:
Komplot Rangkaian Sosial, Tentera, Komplot Kecemasan, Pemerasan

Artikel:
Mencari cinta di Internet pada tahun 2016

Romance

Komplot Harta Tanah Sewaan

Mangsa menghantar wang untuk deposit harta tanah sewaan dan tidak pernah mendapat akses kepada harta tanah sewaan itu atau mangsa juga mungkin merupakan pemilik harta tanah yang menerima cek daripada penyewa dan diminta untuk menghantar kembali sebahagian daripada nilai cek menggunakan pindahan wang dan kemudian diketahui bahawa itu cek lambung.

Dikaitkan dengan:
Komplot Pembelian Melalui Internet, Komplot Cek Palsu, Komplot bayaran berlebihan

Artikel:
Western Union dan Better Business Bureau Membanteras Komplot Sewaan Dalam Talian, Pengguna perlu berjaga-jaga terhadap komplot sewaan yang biasa terjadi

Rental

Komplot Rangkaian Sosial

Jika penjenayah siber memperoleh akses kepada akaun media sosial anda, mereka juga mendapat akses kepada rakan rapat dan keluarga anda. Penjenayah dan kaki tipu boleh memanfaatkan sebanyak mungkin maklumat peribadi yang dikongsi dalam talian, kemudian menggunakan maklumat ini untuk membuat cubaan yang mahir dan amat bersasar kepada rakan dan keluarga mereka, yang biasanya melibatkan permintaan wang.

Dikaitkan dengan:
Pemancingan Data, Komplot Kecemasan, Komplot Datuk Nenek, Tentera, SMS/Pancingan SMS, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot hubungan, Pencurian Identiti

Artikel:
Berhati-hati bersosial untuk mengelakkan komplot media sosial

SocialNetworking

SMS/Pancingan SMS

Berhati-hati dengan teks yang mencemaskan, meminta anda klik pautan, menghalakan anda ke laman yang terjejas atau membuatkan anda mendedahkan beberapa maklumat peribadi dengan tidak sengaja yang boleh digunakan terhadap anda.

Dikaitkan dengan:
Pencurian Identiti, Pemancingan Data, Komplot Antivirus, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot Loteri / Hadiah

Fraud-Icon-02

Komplot cukai

Mangsa dihubungi oleh seseorang yang mendakwa dirinya daripada agensi kerajaan dan menyatakan bahawa anda perlu membayar cukai, dan jumlah tersebut perlu dibayar dengan serta-merta untuk mengelakkan tangkapan, pengusiran atau penggantungan lesen memandu/pasport. Mangsa diminta untuk membuat pindahan wang atau membeli kad debit pramuat untuk membayar cukai itu. Agensi kerajaan tidak akan meminta bayaran serta-merta atau membuat panggilan tentang cukai tanpa menghantar bil terlebih dahulu.

Dikaitkan dengan:
Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot bayaran berlebihan

Artikel:
Western Union Menggesa Pengguna Untuk Berwaspada dengan Komplot Telefon Penyamaran Jabatan Hasil, Bijak tunai: Jadilah terlalu bijak agar tidak tertipu dengan komplot telefon cukai ini

Fraud-Icon-04

Telepemasaran

Telepemasaran secara meluas meliputi hampir semua urus niaga komersial yang melibatkan penggunaan telefon untuk membuat atau menerima panggilan antara pengguna dan telepemasar atau penjual untuk memindahkan dana, seperti pindahan wang tunai kepada wang tunai atau dana yang dimuatkan dalam kad prabayar, sebagai pembayaran bagi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan atau dijual melalui telepemasaran, biasanya berkaitan dengan promosi untuk percutian “percuma” atau dengan diskaun yang tinggi, komplot hadiah atau cabutan bertuah atau jualan majalah “murah”.

Dikaitkan dengan:
Komplot amal, Komplot Yuran Pendahuluan / Prabayaran, Komplot Harta Tanah Sewaan, Komplot Loteri / Hadiah, Komplot Pembelian Melalui Internet, Pencurian Identiti

Fraud-Icon-05